Tajuk: Iman

Iman itu ada turun naiknya
Bila beriman terasa nikmat sekali
Manis bersama menatap kalimah suci
Ketenangan terasa sangat dirasai.

Namun adakalanya
Kita menurun keimanan berkali kali
Terlalu asyik mengejar dunia yang mati
Keresahan sering terasa saat menyendiri

Tapi hendaklah ingat.
Jangan sampai jatuh ke infiniti .
jangan sampai iman hilang sendiri

Habislah hidup tidak diredhai
Jalan yang lurus tidak ditemui
Biarlah tetap selari.
Biarpun jauh namun arahnya tetap selari.

Bila jalanmu ibarat garisan
Lurus tetapi menentang haluan.
Mana kah mungkin dapat bertemu
garisan yang tegak lurus

Lirik ini dihadiahkan untuk sesiapa sahaja yang sudi menjadi penyanyinya
Lirik: Hanini Suhaila Hamsan
Tajuk: Iman

Comments

Popular Posts