Hebatnya Rasullullah

Assalamualaikum wmth 

Tazkirah pagi . Hebatnya Rasulullah dan Sahabat.

Ketika nabi Muhammad menjadi pekerja Siti Khadijah, baginda ditawarkan upah 2 ekor unta. Apabila baginda setuju Siti Khadijah memberikan 4 ekor unta setiap bulan kepada baginda. bayangkan tuan puan berapa puluh unta yang nabi kita ada selama setahun. Sebab itu nabi menghadiahkan Siti Khadijah 100 ekor unta dihari perkahwinannya.

Seorang saudagar muda yang hensem berakhlak mulia berkahwin dengan seorang janda kaya yang mulia akhlak dan sifatnya. Berita itu tersebar diseluruh desa dan kota.

Ketika meniti kehidupan bersama isteri yang tercinta, ketika itulah baginda mendapat berbagai tekanan dari kaum Quraish yang menghalang ajaran yang dibawanya. Mereka takut pelancong tidak akan datang lagi ke Mekah. Mereka menganggap patung patung berhala, tarian tarian wanita jahiliah itu adalah daya tarikan pelancong yang datang ke Mekah.

Baginda sekeluarga merasa sengsara pada permulaan berdakwah. Mereka dikenakan sekatan makanan , membayar cukai yang tinggi dan menerima kenaikan harga barang yang dirancangkan oleh puak Quraish terhadap kaum muslimin dan Baginda. . . Hamba hamba abdi yang memeluk Islam disiksa dan dizalimi . Antaranya adalah Bilal bin Rabah, Sumaiyah dan keluarganya.

Baginda masih terselamat kerana mendapat perlindungan dari Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib seorang senior Quraish yang dihormati. Baginda juga dikelilingi sahabat sahabat yang hebat dan berwibawa.

Setelah 13 tahun berjuang menyampaikan risalah akhirnya baginda berjaya menakluk Mekah dan Madinah. Baginda diisytiharkan menjadi Rasulullah ketika usia 40 tahun. Kesibukkan baginda menguruskan hal ehwal masyarakat menjadi contoh dan tauladan kepada pemimpin . Seorang pemimpin Islam yang adil, berani, amanah dan berakhlak mulia. Tak cukup dengan usaha baginda seorang, sahabat sahabat baginda dihantar ke setiap penjuru dunia sebagai wakil Islam utnuk berdakwah dan memujuk raja raja memeluk agama Islam.

Tanpa wang saku yang banyak mana mungkin sahabat sahabat baginda mampu membawa anak anak kapal berlayar berhari hari diatas lautan . Tentunya memerlukan sedikit pengorbanan harta untuk makan minum dan perubatan dalam pelayaran.

Keyakinan yang jitu, ketabahan dan keberanian sahabat sahabat akhirnya mereka berjaya membawa Islam keseluruh dunia. Masing masing dianugerahkan skill kehidupan sendiri seperti pandai mengukir, pandai membuat perahu .

Andainya umat Islam sanggup berkorban menegakkan Islam dengan mengorbankan masa , tenaga, hartanya seperti sahabat sahabat nabi dan isteri isteri nabi , Siti Khadijah, Siti Aisyah, Mariah, Saidina Abu Bakar , Saidina Uthman , Saidina Omar , Saidina Abdul Rahman Auf , Panglima Perang Saidina Khaled Al Walid yang cekap dan bertakwa tentunya kita akan berjaya membentuk masyarakat yang disegani dan dihormati seperti Kerajaan Islam di zaman Rasulullah.

Tokoh tokoh yang disebutkan diatas adalah tokoh tokoh kaum yang ternama dibidang ketenteraan, perniagaan , pendidikan dan sebagainya. Akhirat yang didambakan membawa sekali kebahagian mereka didunia yang fana ini.

Islam ditegakkan bukan ditangan orang orang yang malas, lemah dan jahil. Tetapi Islam ditegakkan dari tangan tangan manusia yang rajin, bertakwa , beriman, kuat tubuh badannya dan berilmu pengetahuan .

Rasulullah bukanlah seorang lelaki desa yang miskin hina dina .. Baginda adalah Panglima Perang, Tabib, Guru, Ketua Masyarakat dan juga Usahawan yang sangat berjaya. Contohilah Rasullullah sebagai icon dunia dan akhirat

Comments

Popular Posts