Saya menulis bukan menghabiskan masa

Saya menulis bukan menghabiskan masa

Tulisan ku hanyalah nukilan pandangan yang cetek dan pengalaman hidup yang tak habis dibicarakan.

Post ku hanyalah umpama cebisan sampah yang kadang kadang 
Satu post yang tidak diingini.
Satu post yang menyakiti kerana lontaran kata mengutuk sifat manusia yang zalim dan yang membangga diri. 

Tiada blog,tiada buku yang aku hasilkan kerana aku tak mahu kawan kawan ku terlepas dari ilmu yang ku kongsikan.

Walaupun kadang kadang teringin untuk menjadi penceramah tetapi apakan daya
Aku tidak mempunyai
sebarang gelaran
Datuk
Dr
Prof
Ustazah

Cukuplah aku meletakkan Nur dihadapan namaku .
sebagai tanda aku mencintai hidayah yang telah Allah berikan

Salam ukhwah fillah untuk semua pembaca  yang budiman.

Comments

Popular Posts