Malam tadi tegur pelajar Perempuan yang suka berbual mesra dengan pelajar lelaki.

Malam tadi tegur pelajar Perempuan yang suka berbual mesra dengan pelajar lelaki. 

Sebagai seorang perempuan kita hendaklah menjadi perempuan yang mulia dan dihormati. Kita tak boleh berbual mesra dengan lelaki kecuali perkara perkara tentang ilmu . Tak boleh bergurau senda. Duduk berdua berhadapan waktu belajar . 

Jawapan feed back( cikgu zaman sekarang memang macam ni. perempuan memanglah kena macam ni. Takkan saya nak jadi keras macam lelaki)

Ada banyak cara nak jadi perempuan. Pilihlah cara yang mana kamu suka. Saya tak kisah tetapi pilihlah cara yang terbaik yang Islam dah cadangkan. Kamu suka orang memandang kamu rendah. Kamu suka ke orang tidak respect kepada kamu sebab kamu memilih cara sendiri .

Pelajar terdiam

Saya nak anak murid saya jadi pelajar yang dihormati dan disegani kerana pandai menjaga akhlak dan adab. Kalau tak mahu ikut apa yang saya katakan. Sukahati tetapi bukan disekolah saya ini.

Kenapa cikgu dah berubah.

Ya saya dulu tak tegur sebab saya nak lihat kamu ni macam mana orangnya. Bulan ni saya tegur supaya saya jadi guru yang tegas supaya kamu dapat belajar tanpa sebarang gangguan.

Siapa yang dah pakai tudung labuh, kenalah lagi solehah tak boleh cair jadi macam orang lain. Kena jaga diri . Jadilah pencegah akhlak bukan sama 2x5. Apa guna tudung labuh, serban , jubah kalau tak berusaha menjadi yang lebih baik akhlaknya.

Selepas itu wajah pelajar yang terkena merah padam, ada yang gelap dan terdia, (sedang berfikir)

Akhirnya cikgu terima kasih . Saya nak jadi perempuan yang dihormati.

Comments

Popular Posts