Motivasi positif Januari

Kita adalah apa yang kita baca, pelajari... kita tiada kaitan dengan apa yang ada disekeliling... biar keliling kita sibuk menghabiskan masa dan waktu kita tetap menggunakan dan menyusun waktu. Masa adalah emas. masa bersama anak seperti buat tuisyen untuk anak 1 tahun. 1 tahun pun kena tuisyen..pelajarannya susun kotak, lompat setempat..kutip mainan...semua itu adalah tuisyen

Jadi orang ..jangan meninggi diri, buat bodo..je...maksudnya sederhana...maintain...slumber...kalau jumpa orang berlagak kita buat bodo je.. ingat kawan kawan semua yang dia ada itu adalah pinjaman dari Allah., pinjaman peribadi atau dari kad kredit.. tak perlu kita rasa sedih dengan apa yang kita tiada.. apa yang kita miliki adalah rezeki halal dari Allah. tak bersolek pun tak apa...tak berkelip kelip tanpa hand bag pun tak apa... asalkan jiwa kita kaya...penuh dengan redha pada apa yang ada.


Ketenangan fikiran apabila kita berjaya mengasingkan diri daripada duduk bersama sama orang yang bermasalah dan bergelumang dengan dosa..Saya pernah menyewa dikawasan setinggan.. Ketenangan saya hilang. Ketakutan dan kerisauan melihat kehidupan mereka tidak tentu arah. Bila duduk dikawasan tak ada masalah saya rasa ketenangan yang optimum hingga boleh melakukan berbagai kerja dan idea baru datang mencurah curah.

Anda memerlukan Allah dizaman ini. Allahlah yang menggerakkan hati manusia untuk membeli barang anda, memilih anda sebagai ketua, menambahkan rezeki anda.. Tanpa Allah hidup anda bergantung syaitan (bomoh) dan anda akan terus sesat tanpa panduan. Allah tidak akan memberikan idea atau ilham anda ketika berucap ( sentiasa perlu teks) ketika meeting hanya mendengar, ketika berbicara kaku tiada kesan spontan.

Untuk kita mengenal kawan , apabila kita sedang susah dia akan menaikkan semangat kita. Apabila kita mendapat sesuatu dia akan turut gembira. Tetapi mereka yang tidak boleh dijadikan kawan apabila kita susah mereka lagi mengutuk dan menyindir serta menyalahkan kita . Apabila kita mendapat sesuatu dia berkata perkara yang kita miliki itu tidak sehebat yang dia pernah lihat, atau berkata kebahagiaan itu tidak selamanya walaupun ia betul tetapi sebagai kawan kita hendaklah berkata tahniah.

Dalam banyak banyak pelajar , saya lebih mengingati beberapa orang sahaja . Saya mengingati mereka kerana mereka selalu mengucapkan terima kasih, meminta izin keluar atau ke toilet, memberikan sebab kenapa tidak hadir, menelefon saya jika tidak dapat hadir, walaupun perkara itu kecil tetapi ianya menjadi titik perhatian saya dan saya akan mengingati pelajar ini apabila saya duduk bersendirian.

Comments

  1. Assamu'alaikum wrb, Hani.

    Terima kasih kerana ke blog saya; membaca artikel di sana dan meninggalkan komen.

    "Kita adalah apa yang kita baca, pelajari... kita tiada kaitan dengan apa yang ada disekeliling... "

    Pembuka artikel ini sudah menangkap perhatian saya untuk membaca seluruhnya. Idea dan tulisan yang baik. Terus menulis ya:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts